Fight of Gods Game Penyebab Steam Account Kena Ban! (UPDATE)

Misaki PureBlood | September 09, 2017 |

Steam merupakan salah satu platform game terbesar yang digunakan oleh seluruh gamer di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita akaun Steam tak boleh dibuka ataupun diakses. (AYAT BAKU, I CANNOT BRAIN) ahahahahaha

Mengamuk habis satu Malaysia bila buka akaun Steam, kena ban. Yelah, takkanlah tak mengamuk. Disebabkan satu game, satu Steam kena ban.

SKMM ni pun satu. Kalau ya pun tak payahlah nak ban satu Steam, orang nak tengok store pun tak boleh. Boleh log in, tapi tak boleh verify account. Lepastu tak boleh tengok store. Like really? Game yang dah memang tersedia install saja yang boleh main, tapi itulah kacau habis game tu =_=

Dah lah ramai gamer kowt yang beli game dekat Steam, suka-suka ja ban. Fikirlah dulu sebelum buat keputusan nak ban. Ermmmmmmmm... 


Anyway, game ni, Misaki tak tahu pun wujud dalam Steam okay... Baru saja keluar. Game yang melibatkan Tuhan agama dan pegangan yang berlainan and menjadi karakter dalam game yang dipilih untuk berlawan antara satu sama lain. Kalau tak ada kawan dekat Facebook post pasal benda ni, memang tak tahulah. Kalau SKMM tak block Steam, mostly semua tak tahu kewujudan game ni.

Akaun Steam pun Misaki tak buka seminggu dua ni... Manalah nak tahu. :P

Tak tahulah, apa pendapat korang pasal game ni.

Tapi, my opinion: GAME NI SANGAT HODOH~ Misaki pun tak nak main XD kalau sebab game macam ni, SKMM ban whole Steam... ermmmmmmm well played :P


Game ni agak sensitif sebab melibatkan setiap Tuhan yang dipilih untuk berlawan antara satu sama lain. Dalam game ni tak ada Allah, tapi tak bermakna sesuai untuk dimainkan sebagaikan satu permainan dan bahan lawak.

Boleh panggil Misaki 'kuno', tapi agama tu satu benda yang suci, bukannya bahan jenaka. Tak kisahlah kalaupun Allah tak ada dalam game ni sekalipun. Sebabnya ada penganut agama lain yang memiliki pendapat yang sama di mana agama ni satu benda yang kita kena jaga dengan baik. (walaupun mostly tak butthurt pasal game ni) Yang kisah tu yang jenis macam Misaki.. ahahahahhaha...

Anyway, kalau majority cakap game ni tak ada masalah. So? I have no problem. Siapalah saya nak butthurt~ Ahahahahaha. So tolong pulihkan balik store untuk STEAM~ Please~ sebab sekarang yang orang paling kisah pasal Steam~



Boleh rujuk: Fight of Gods Steam Community~


Kalau tadi tak boleh nak akses, sekarang dah Error 404 dah. Erm..... Mungkin tengah cuba nak kembalikan semula kepada asal. I hope lah... I keep reload this store like an idiot :P

P/s: orang pakai TM and not any other telco O.o so....

Kalau menurut pendapat korang, korang nak main tak game ni?  

UPDATE:



Tengah basuh ikan tadi, dah siap.. reload jap Steam, dah boleh buka.. Thank You!!!

2 comments:

  1. oyeke.. game yang kononnya tuhan lawan tuhan la ye?? ish merepek la diorang ni.. boleh buat main plak benda2 macam ni kan..

    Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. esok last... mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =)
    ni link nya.. jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. tapi game ni macam bodoh-bodoh je... sape aje yang nak main. XD ahahahahaha..

      alright TengkuButang :) alorh hari ni last O.o kena cepat-cepat post XD udahle ngantuk ni.. ahahahha

      Delete