2 Hari 1 Malam di Hat Yai, Thailand (Part 2)

Misaki PureBlood | Saturday, July 30, 2016 | | |
Siapa yang tak baca lagi entri 2 Hari 1 Malam di Hat Yai, Thailand (Part 1), boleh klik link di bawah:


Habis makan-makan. cuci mata dan beli barang di Khlong Hae Floating Market (pukul 7.00 petang), kitaorng naik bas dan menuju terus ke Asean Trade Centre or lebih dikenali Asean Night Market, haaaaaa... dekat sini banyak gila barang... sangat besar dan luas kawasan dia, tapi kitaorang tak sempat nak jalan beli banyak barang sebabnya nak kejar masa, huhuhuhu. Tapi, dekat sinilah yang Misaki banyak beli barang especially make up set sebab murah ahahaha XD 

Actually, nak beli jacket hitam, tapi tak jumpa sebab kitaorang cuma lalu di kawasan depan Asean Night Market.. hurmmm... Kalau jalan dalam lagi mungkin ada TT^TT Anyway, gambar ramai-ramai di Asean Night Market tak ada dekat Misaki TT^TT

So, dah puas beli dan melilau (tak puas sangat sebabnya tak sempat nak jalan kawasan lain), kitaorang balik ke Lee Garden Plaza Hotel sebab nak letak barang yang dibeli sebabnya nak berjalan pula di Street Vendor yang kebetulan memang dekat dengan kawasan hotel kitaorang, cuma jalan kaki saja dah boleh nampak street vendor. Hat Yai Street Vendor (Night Hawker) popular sebagai gerai jalanan yang wajib dilawati sepanjang duduk di Hat Yai. 

Hahhhhhh, time berjalan dekat sini memag tak ada langsung gambar, sebabnya mata melilau tengok makanan... Lapar weyhhhhhhh... So, Misaki tujuan nak cari pulut mangga dengan ayam goreng besar.. Perghhhhhh dekat tepi tu ada jual udang gila besar!!! (Misaki tak makan udang, tapi yang teringin makan memang kecur liurlah tengok perghhhhhh!!!!)

Pukul berapa Misaki dengan 2 org classmate (Jie dan Fizin-yang dlm gambar part 1 minum air dalam bekas Ultraman) balik hotel, kitaorang makan sama-sama since masing-masing dah lapar. Kalau ikut nak je tidur dulu baru makan, tapi takut tak jaga pula sebabnya penat sangat.. Hurmmm...

Elok nak habis makan kitaorang pergi kacau bilik depan. Fizin dengar ja kata nak pergi mengurut, terus nak ikut. Padahal tadi cakap tak jadi nak pergi massage.. LOL XD 

So, tinggallah Misaki dengan Jie, siap-siap mandi nak tidur pula malam tu (and I think I'm alone tidur paling lewat, buat apa entah malam tu sorang-sorang) Mwahahahahaha...

Esok tu, pukul 5.30 pagi dah bangun bersiap mandi apa semua sebabnya kalau mandi dala bath tub memang confirm lamalah mandi, rasa nak tidur ja. Ahahahahha XD Kitaorang paling awal siap, yang lain? Hurmmmm Tidur lagi.... =_= Pukul 7 pun baru ada yang bangun.. So, jadual kitaorang dah lari. Kasihan juga dekat pak cik Jie sebabnya tunggu kitaorang lama. Sorry uncle TT^TT.


Lepas breakfast di hotel, snap gambar ramai-ramai (ada yang still makan) di rimbunan pokok :3 Nampak ala-ala misteri gitu~


Gambar ni sebenarnya sangatlah kabur~


Dari kiri: Nad, Izzah, Una (nak ambil gambar kenangan before balik katanya) XD


As you can see, ada jualan pagi tu dekat luar Hotel Lee Garden Plaza~


Tak sempat eden nak beli beg TT^TT

Next destination adalah Prince of Songkla University O(≧∇≦). Kinda excited and kinda nervous nak masuk universiti orang lain :3. Disebabkan kitaorang pergi Hat Yai hari Jumaat, and next day Sabtu tu cuti so student cuti hari tu, except adalah 5-6 orang student universiti or bukan student universiti tapi diorang study, buat latihan or macam tu lah.

Anyway, 2nd day bas kitaorang dah lain, kitaorang naik bas 2 tingkat and mostly pilih tingkat atas XD ahahahahaa..

Masa dalam bas, lecturer suruh kitaorang interview student or staff yang ada dalam universiti Prince of Songkla, tanya pasal Hat Yai, kawasan tarikan pelancong and so on semata-mata pengsian report yang nak kena hantar bila balik dari Hat Yai >_<


Mula tu, kitaorang interview dalam 4 orang student? Tapi disebabkan barrier of communication, so kitaorang cakap thanks and pergi cari student yang mahir English sikit :3 (majoriti Thailand prefer bahasa negara sendiri, diorang faham English tapi kena slow-slow explain) and disebabkan my friend kinda nak interview 2 budak lelaki yang menarik dari sudut pandangan mata dia (diorang duduk jauh sikit dari group yang lain. Wait, I'm gonna show their picture:


Yang duduk tengah-tengah baju biru tu masing-masing orang Thailand, sebelah Misaki (baju merah), nama panggilan Mark and yang sebelah Jie (baju hijau), nama dia Jack. 

Jack dengan Mark memang muda dari Misaki, confirm! (tak ingat umur berapa tapi since Misaki tahun ni 24 so.. owh well.... =_=) Ha'ah, Jack student Prince of Songkla. Jack cakap dia ambil course dentist, if I'm not wrong, kinda ingat-ingat lupa XD and yang sebelah Misaki, Mark pula bukan student universiti, still pelajar biasa tak silap (arghhh what is wrong with ma memory =_=) tapi Mark ni kalau nak tahu dia adik kepada Jack. 

Kalau tengok betul-betul, si Mark ada iras sikit dengan Kim Soo Hyun (pelakon dalam drama Korea: Moon Embraces the Sun) Bagi Misaki, dia ada iras.. ehemmm :3 ahahhaa.. 

O.k2 cukup setakat tu, kitaorang dah nak kena berkumpul nak naik bas, so on the way nak naik bus, Misaki ambil gambar kenangan sikit XD


Sebelum tu, Misaki nak habaq mai apa yang Misaki suka pasal Hat Yai. Sepanjang perjalanan tu nampak bersih dan cantik dengan decoration :3 Tak percaya???



O.k, sebelum kitaorang keluar dari Universiti Prince of Songkla, kitaorang pergi snap gambar di satu dataran ni, tak tahu apa namanya, tapi macam tempat memperingati something macam tu lah lebih kurang :)



Dah habis bergambar, kitaorang pergi Municipal Park. Dekat situ ada cable car~ (Misaki tak naik pun cable car tu sebabnya pendek sangat, baik naik yang di Langkawi :3)



Masa nak naik atas park tu kena naik tour bus? (nama apa entah benda ni)


Bagi yang Buddhist, memang menarik kalau pergi sebab statue dia banyak sangat, ada yang baru cat masa Misaki pergi tu XD


Banyak benda boleh buat dekat situ, tapi disebabkan kitaorang kejar masa, just hayati pemandangan dari sudut bukit atas tu je XD


Nampak dak, sebenarnya kalau Misaki terlajak belakang, memang confirm jatuh XD


Pandangan dari sudut atas XD


Masa tengah tunggu nak naik bas untuk turun, sama macam masa mula-mula nak naik ke kawasan park ni XD 


Dah sampai bawah, nampak Pikachu warna hijau, nak ambil gambar dengan Una, budak ni selit sekali XD

Actually, banyak aktiviti boleh buat dekat Municipal Park sebenarnya, bukan setakat ada cable car saja dekat situ, tapi sebab tak explore and kitaorang duduk dekat bahagian cable car, so.. owh well... Maybe next time, kalau pergi sekali lagi... Ajaklah kalau nak pergi nanti XD ahahahaha...

Jom, melawat kilang gajus pula XD



Banyak snek ringan dekat sini XD

Masa di kilang gajus ni, ada macam-macam jenis snek ringan boleh beli. Kacang gajus, sotong kering (sotong memang popular), asam yang ada gula (sama macam di Malaysia), seaweed perisa tomyam, macam-macamlah. Misaki just beli asam gula ja sebabnya dah lama sangat tak makan asam tu. Kempunan :D

Next destination, Pantai Mermaid!!! O.k nama tempat tu actually Samila Beach. Kalau pergi situ, boleh bergmbar dengan golden mermaid statue, dia duduk cantik atas batu sambil main rambut XD Menurut beberapa orang mermaid/duyung tu sebenarnya legend dari kisah dongeng Thailand: Phra Aphai Mani. Mungkin betul, mungkin tak... Lantak korang nak percaya atau tak, terpulang :P


Nak ambil gambar dengan dia, tapi ramai sangat orang dekat situ... =_=


So, I just main skate pasir berlatar belakangkan pantai and mermaid LOL XD

Dah puas main skate pasir (skate lah sangat kan...) Misaki, Jie, Finas dengan Nad jalan sama-sama dekat tepi-tepi kawasan jual-jual makanan dengan cenderahati, Misaki beli keychain ada gambar duit lepas tu, beli ais krim kelapa (first time makan), dia letak ais krim kelapa dalam bekas kelapa juga :D O.k, Misaki tak suka sangat rasa dia :P mehhhhh.. tapi kalau ikut orang lain, diorang cakap sedap ja.. I see...... ahahahahhaha...

Last destination, mall!!! Kitaorang pergi ke Central Festival. Firstly, Misaki ingatkan last destination ni kawasan dia macam floating market, street vendor ada jual beg-beg and makanan murah. Sekali mall daa.... Menyesal bak ang, tak beli beg masa awal-awal sampai TT^TT... Nak beg burung hantuuuuu :'(


Ni dari pandangan luar sebelum masul Central Festival

To be truth, mall ni besar gila!!! Sampaikan bus yang kitaorang naik pun muat nak masuk taw dak =_= Wow~

Tujuan datang mall ni, satu je. NAK MAKAN!!! Lapar gila sebab seharian jalan tak makan-makan, dah petang kowt time tu dalam pukul 6 petang and kitaorang diberi masa kejap ja berjalan cari makan, pukul 7 kena ada dekat bas dah :'( 

Melilau punya melilau rupanya ada tempa makan yang mana kitaorang tukar duit baht kepada kredit kupon macam tu lah. Misaki, Jie dengan Fizin kongsi duit baht beli makanan sama-sama. Melilau cari makanan halal. Jie melilau cari makanan dia nak makan, pastu tertaarik dengan satu makanan ni, sekali dekat nampak kepala babi dekat situ terus dia tak jadi beli situ.. Mwahahaha.. 

Kitaorang last-last beli makanan yang sama, mee apa ye tapi seriously memang sedap mee tu except that I cannot finish it sebabnya bau bawang dia sangat kuat. OMG can't go lah.. Sayang sbb memang sedap, dah lapar buat lak perangai time tu takleh nak telan lauk semata-mata bau dia kuat. Aisheh... 

Nasib teringat, dalam bas ada asam yang beli dekat kilang kacang gajus. Makan tu je lah atas bas sepanjang perjalanan nak balik Malaysia.

Anyway, ingat tak.. Masa nak masuk Thailand dulu kena letak duit? Nak keluar pun kena letak duit... Aiyaaa.. RM 2 dah tak adalah jawabnya, so... Misaki just sua duit 200 baht TT^TT Rasa tak adil pula, sebabnya separuh dari kawan Misaki tak kena bayar sebab uncle tu tak minta, tapi dekat belah kitaorang yang kaunter perempuan memang kena letak =_=. Dia tunggu Misaki hulur duit.. Uhuhuhuhu... Takpelah, rezeki dia..hurmmm...

Dah lepas dari situ, kitaorang tukar bas, nak naik bas UiTM. Sambung tidur... Zzzzz... Disebabkan seat kitaorang memangambil setiap sorang 2 seat, so Misaki terus landing dengan Chopper, tidur macam tidur atas katil, except kaki lepas ke bawah. 

Misaki tak sedar langsung yang ada kawan kelas ambil Chopper dari tangan, sedar-sedar masa nak turun bagi pas border, cari Chopper ada dekat dia =_= Sabar je lah.. ahahahahaha.. Terus ambil siap-siap takut tertinggal :P

Sampai KTU (Kolej Taman Universiti), Misaki dengan Finas ja turun sebab kitaorang duduk kolej, yang lain-lain duduk dekat rumah sewa. Kolej tu bentuk rumah btw XD

Rumah Misaki kosong tak ada orang, samalah dengan rumah Finas sebabnya masa kitaorang pergi Hat Yai, 3-4 Jun kan hari cuti. Tidur sorang, dah lah cuti seminggu rumah biar kosong, sekali balik awal tak ada housemate. S.C.A.R.Y

Misaki, pergi basuh baju dulu. Sidai habis lepas tu, tutup sliding door, tutup lampu depan buka lampu bilik air, tutup lampu bilik air, masuk bilik kunci pintu, buka lampu terus tidur. Takut lak nak buka pintu or tutup lampu.. Mwahahahaha.. Nasib tak jadi apa-apa masa tidur, mana tahu terbawa balik apa-apa ka.. Ngahahahahaha :3


Setakat tu sajalah cerita pengalaman ke Hat Yai, Thailand. Nanti jom kita ke Philippines dengan Japan pula (๑♡3♡๑) Tu satu lagi destination yang Misaki akan pastikan jejak and jalan-jalan seluruh country tu :3 Next time, insyaAllah...

|T.H.E_E.N.D|

3 comments:

  1. wah... syoknya misaki chan jalan2 hat yai...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. weeeeee... :) best2 tapi byk tempat tak pergi lagi XD hehe..

      Delete
  2. 200 bath?? OMG byk gila bg.. bg 20 dah laa =='

    ReplyDelete