2 Hari 1 Malam di Hat Yai, Thailand (Part 1)

Misaki PureBlood | July 29, 2016 | | |

Sebelum Misaki nak mulakan kisah perjalanan yang singkat ke Hat Yai, Thailand tahun ini. Misaki nak minta ampun sebab abaikan blog ni lama sangat. Nak kata busy, tak adalah busy mana. Hidup sebagai student memanglah sibuk sikit tapi tak adalah sesibuk orang lain... Misaki sebenarnya memang tak buka blog lama sangat, malas nak update, tak ada idea nak update apa and malas nak blogwalking.. oopppsss.. gomenasai~ ahahahaha...

Tak apa, alang-alang Misaki tengah sebulan cuti semester, hopefully blog ni setiap hari diupdate. KAHKAHKAHKAH (nampak sangat gelak ada meaning)

Anyway, Happy Belated Eid 2016~ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016~


So, berbalik pada topik 2 hari 1 malam di Hat Yai, Thailand. Itu adalah pertama kali bagi Misaki melancong ke negara lain, selain dari negara kelahiran sendiri, Malaysia. Kalut siapkan proposal ke Hat Yai untuk 2 hari 1 malam dengan bantuan 2 orang classmate yang masing-masing Ketua Projek dengan Penolong Ketua Projek. Sepatutnya, kelas kitaorang diwajibkan join iCreate 2016 (projek inovasi produk) tapi biasalah ada masalah teknikal so kitaorang tukar last minute. Thanks juga untuk classmate yang handle bab budget, transport, hotel.. yang tu paling penting.. mwahahahhaa.. (dapat gak merasa g luar negara walaupun sempadan Thailand) :3


Bergambar bersama Nad, one of my classmate :3 O.k, my motif sebenarnya nak tunjuk pas border/pas sempadan tu ja... Kalau ikut kena buat passport sebab lahir dekat Sarawak, tapi rupanya tak payah buat sebabnya alamat dalam kad pengenalan dekat Kedah, so memang save budget lah... Tak sanggup nak buat passport (duit tak cukup, and tak guna passport lagi buat masa ni) oh owh oh.. tapi ada alternatif passport group (yang mana, kalau salah sorang member passport tak ikut pergi, bermaksud semua member yang guna passport group tak boleh ikut) :3


Lama gila kena beratur... panjang sangat.. kaunter dia memang banyak tapi hurmmmmm... ramai sangat orang nak masuk so terpaksalah beratur lama-lama. Anyway, yang tengah-tengah tu my bestie (Jie) and I didn't reply her whatsapp this month so I bet she's angry? right now, I guess? sorry~ owh well... ermmm... ahahahahaha..

By the way, kalau korang dekat sempadan nak masuk Thailand (bukan sempadan yang di Malaysia-Bukit Kayu Hitam), korang kena sediakan RM2 siap-siap dan kepilkan dalam korang punya passport or korang punya pas border. Jangan ditanya kenapa dan mengapa, tapi kalau tak letak... Korang memang takleh masuk Thailand) ahahahahahahha :3


(Sempadan dalam Malaysia)


(Sempadan Thailand)


Selesai kitaorang semua cop pas border and passport, masing-masing meluru nak naik bas. Sekali bas dengan 2 orang kawan tak jumpa-jumpa. Alahai... Tapi, lepas tu dah jumpa dah diorang rupanya ada dalam bas.. :3 

So, disebabkan kitaorang masuk ke Thailand tersangatlah awal, pak cik Jie (pak cik kepada my bestie merangkap tourist guide) bawa kitaorang pergi makan. Alahai, sayang gambar tu tak ada dekat Misaki TT^TT... Btw, sedap makanan dia, nasi apa entah tapi lauk ayamlah :3 Orang yang jual tu pulak boleh cakap Melayu. 

Kebanyakan penjual dekat Hat Yai, Thailand boleh berbahasa Melayu walaupun tak sama macam kita. Sometime ada yang kita faham, sometime memang tak faham... Aahahahaha.. Kalau ada yang tak cakap Malay or memang tak faham English, satu saja cara boleh guna kalau korang nak beli barang... "Body Gesture" + "Baht?" 

Contohlah, hari tu Misaki tanya akak yang jual stuff plushies... Time tu, Misaki nak beli Chopper (watak anime dalam One Piece) so, Misaki ambillah Chopper tu and just cakap how much? baht? and then akak tu berutahulah harga dia berapa and you just pay and say thank you :3 Ahahaha..


My 2nd Chopper (Misaki bagi dia makan Chachos, bila kitaorang dah sampai dekat bilik hotel) XD 

Masing-masing kitaorang dapat bilik partner, so Misaki partner dengan Jie, and bilik kitaorang sebelah dengan bilik Prof (lecturer subjek Issue in Marketing). Kalau korang nak selesa and menginap di hotel yang selesa, bukan hotel budget, yang penting center dan senang nak ke mana-mana, bolehlah menginap di Hotel Lee Garden Plaza. 


Lepas kitaorang check in, Misaki ingat nak tidur sekejaplah, sekali housekeeping still tengah mengemas bilik... Erm, apa boleh buat, terpaksalah tunggu diorang siapkan kerja. Tak dapatlah Misaki nak tidur, huhuhuhuhu... Solat jamak qasar siap-siap masa Zohor tu sebabnya tak tahu kitaorang balik hotel bila (tentatif walaupun ada, bukan ikut sangat pun :P)

First destination, kitaorang pergi ke Chang Puak Camp (kem Gajah). Chang maksudnya dalam bahasa Melayu, gajah. On the way menuju ke destinasi, Misaki nampak satu Bumblebee terpacak berdiri dekat luar kedai. Tunggu lagi, snap sebagai bukti (motif???) sebab suka Transformer :3 Kalaulah ada Optimus Prime kan bagus ♥ ♥ ♥ Heeeeee...ヾ(〃^∇^)ノ♪


O.k stahppppp... dah sampai ke destinasi yang dituju, Chang Puak Camp:



Tiada sebarang bayaran dikenakan kalau nak masuk Chang Puak Camp ni :3 Tapi sebagai peringatan... Masa korang nak masuk Chang Puak Camp, korang akan perasan ada photographer berdiri tengah ambil gambar. Diorang ambil gambar pelancong yang lalu nak masuk dalam camp tu, so tolong prepare muka korang elok-elok secantik sehandsome yang mungkin, kalau tak jadi macam Misaki and beberapa orang classmate Misaki yang hasil gambar dia sangatlah buruk =_= Gambar tak ready!!! (;¬_¬) Hurmmppphhh... Kalau gambar korang cantik, bolehlah beli time korang keluar dari kawasan kem tu... =_= Adalah secebis kenangan... (jangan tanya harga berapa-berapa, sebab Misaki ada short term memory) :P

Before terlupa, di Chang Puak Camp ada banyak aktiviti yang korang boleh buat termasuklah, ambil gambar dengan gajah, tengok persembahan gajah, naik gajah, shooting game, main baling dart (10 tepat)-boleh claim hadiah apa korang nak. Tapi satu pun Misaki tak join, except ambil gambar dengan gajah dari jauh :3 

Nak main game kena bayar. Nak naik gajah kena bayar tak apa, tapi... kejap lagi berbau pula badan sebab kitaorang ada tempat lain lagi yang nak tuju. So, tak ada sorang pun yang naik gajah. Agak hambar kan??? Owh well, nak cepat lagi satu... Kalau naik gajah kejap lagi dia bawa masuk dalam air, oh myyyyyy.. (,,#゚Д゚) no no no... XDD 

Dah puas ambil gambar di Chang Puak Camp, destinasi seterusnya adalah Nora Plaza:


Untuk pengetahuan korang, Misaki mungkin tersalah susun aktiviti samada kitaorang pergi Nora Plaza dulu ataupun Chang Puak Camp... Oh well, my bad... :P

Di Nora Plaza, banyak barang kemas, beg-beg, cenderahati yang korang boleh beli. Harga????? Mahal sikitlah... Ada satu rak tu Misaki terjumpa sabun bikini... Dengan kata yang tepat sabun pakai bikini macam tu lah... Biasalah, first time nampak.. ahahaha.. Elok-elok belek sabun tu nak tengok mana tahu nak buat hadiah (pelik) ka, sekali terjumpa dildo daaaa... aiyaaaaa... Masa tu timbul idea jahat, nak tunjuk dekat kawan yang lain especially perempuan.. Mwahahahaha.. Habis malu muka diorang tengok benda tu.. Pftttt :P Ada kawan laki yang tengok mula-mula ingat sabun bikini ja, sekali dildo.. o.k dia gelak lepas tu lari.. Ukiran ja pun.. Ngahahahaha XD 

Tak ada barang yang menarik nak dibeli masa Misaki ada di Nora Plaza... Nak beli beg, tapi ingat nak beli masa pergi pasar malam nanti tu. (Tapi, sampai ke balik Misaki tak terbeli, TT^TT... Menyesal tak beli masa di Nora Plaza)

Btw, lupa nak inform...  di Nora Plaza ni pun ada photographer so get ready muka "senyum" + "innocent" hehhhhh :P my face kinda teribble lah.. =_= (tak beli lagi)

Elok dah petang sikit, dalam pukul 3 lebih kitaorang bertolak ke destinasi utama, Khlong Hae Floating Market. 


No me dalam gambar ni TT^TT sebab aye yang ambil gambarnya :P Gambar yang ada Misaki, ada dalam camera kawan :3
Floating market di Hat Yai tak sebesar di Bangkok, tapi pelbagai jenis makanan, cenderahati korang boleh beli time ni. Yang penting "M.A.K.A.N.A.N" (ノ≧∀≦)ノ





Makanan yang dijual di sepanjang pasar terapung (dalam perahu) semuanya halal, jangan risau :3 Yang bercampur makanan yang bagi Muslim boleh makan dan tak boleh makan cuma di bahagian pasar atas. Makanan pun murah-murah :3


Gambar candid classmate, ni kalau dia tahu, mati ni... tapi still cantik even though candid :3

Budak ni pula, suruh ambil gambar dia minum air, tak ingat dia beli air apa @.@ Ni pun classmate XD

Ni pentas, ada penduduk Hat Yai, Thailand menyayi lagu Thailand hiburkan pelancong :3 Dalam pukul berapa entah, akak tu minta kitaorang berdiri semua sebab dia nak mainkan lagu kebangsaan Thailand. First time dengar lagu kebangsaan Thailand depan-depan and feel berdiri bila menghayati lagu kebangsaan negara lain selain dari Malaysia. ^__^


Misaki cuma beli air kelapa (dalam bekas Doraemon, boleh bawa balik XD), ayam, dengan ais krim saja masa di Pasar Terapung :3
O.klah, setakat tu dulu Misaki cerita pengalaman Misaki. Esok I will continue, sebab nak habiskan episod Naruto Shippuden. Misaki ulang dari episod awal kowt =_= Sedih masa Asuma sensei mati, masa Naruto hidup sendiri, masa dia hilang kawan TT^TT

Bye bye~


7 comments:

  1. waaa. bestnya korangggg!
    rasa nak travel ngan classmates jugak la T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan XD best travel walaupun terhad dengan nak kejar masa :)

      Nanti g lah travel XD buat paperwork cantik2, insyaAllah lepas :3

      Delete
  2. wah bestnya, Azwar tak sampai lagi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngehehehe, nanti pergilah jalan-jalan situ pulak :)

      Delete
  3. Wow. This is so cute. And I just spotted Chopper. <3

    Spices + Everything Nice | www.ajeinomoto.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w3w sankyuu XD ehehe, That Chopper so much bigger compare the the other one I have before him XD ahahaha

      Delete
  4. nak screenshot bg kt finas ang amek gmbaq dia.. btw, sedaq pon aku mrh kt ang noh ><

    ReplyDelete