Love Story of Red Riding Hood (Part 2)

Misaki PureBlood | March 06, 2015 | |
Pertama kali dalam hidupnya, Zayn bertemu dengan serigala separuh manusia. Dia terkaku sebentar melihat kecantikan gadis serigala berwajah manusia sehingga terlupa keadaan yang sebenar.

Dalam asyik Zayn memerhati. Dia tersedar apabila gadis serigala menangis kesakitan. Zayn meraba-raba poket seluarnya mencari pisau lipat pemberian ayahnya.

“Ouch, sakitlah. Sabarlah sekejap. Saya tengah cuba nak tolong awaklah ni,” Zayn mengeleng-geleng kepalanya melihat ketidaksabaran gadis serigala yang mahu keluar dari perangkap yang diletakkan oleh pemburu. 

Dilihat tangannya yang dicakar serigala itu tadi.

Nampak gayanya, malam ini rumahnya sekali lagi akan berbau minyak gamat. Kehidupannya sudah terbiasa dengan luka-luka yang hinggap di tubuh badan.

Berkali-kali ahli keluarganya menasihati dirinya supaya berhati-hati setiap kali berhadapan dengan binatang buas di hutan. Namun, nasihat itu langsung tidak diendahkan.

“O.k, dah nak siap. Just promise me, that you’ll not bite me.”

Zayn merungkai-rungkai tali perangkap yang sudah habis dipotongnya. Sesudah habis tali terakhir terungkai, gadis serigala terus meloloskan diri dan bersembunyi di sebalik pohon besar.

“Lah, kenapa awak lari? Sepatutnya saya yang lari,” Zayn mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah serigala yang tidak seperti serigala.

Dalam takut-takut, serigala tadi memerhatikan tingkah laku Zayn. Sesudah dipastikan Zayn bukan seperti pemburu yang lain, serigala tersebut keluar dari tempat persembunyian.

“Ter..terima kasih.. sebab selamatkan saya,” gadis serigala itu tundukkan wajahnya kerana malu. Pertama kali dalam hidupnya bertemu manusia yang baik hati.

Zayn tersenyum melihat gadis serigala terketar-ketar badannya sambil menahan malu.

“Sama-sama. Saya Zayn and saya manusia yang tinggal di Ich Village. Kadang-kadang, saya tinggal di hutan bersama nenek saya.”

“So, what’s your name?” Zayn bertanyakan gadis serigala namanya.

“Panggil saya Kaylie,” Sambil menguis-nguis tanah, gadis serigala memberitahu namanya.

“Saya tinggal di hutan dengan 3 orang sepupu saya. Ahli keluarga saya yang lain telah mati dibunuh pemburu,” wajahnya kelihatan tenang walaupun menceritakan kisah perit hidupnya membuatkan Zayn makin bersimpati.

Zayn dapat merasakan mereka seolah-olah pernah bertemu sebelum ini.

“Kita pernah jumpa ke waktu kecil dulu?” Zayn menyuarakan apa yang bermain dalam fikiran.

Kaylie merenung-renung wajah lelaki yang ada di hadapannya. Pernahkah mereka bertemu?

“Awooooooooo”

Bunyi serigala sahut-sahutan mematikan perbualan mereka berdua.

“Alamak, abang-abang sepupu sedang memanggil saya. Kalau mereka tahu saya bersama dengan manusia, pasti mereka akan mengamuk.”

Kaylie menggunakan deria baunya untuk mengenal pasti sama ada sepupunya sudah hampir mendekati mereka atau belum.

Wajah Kaylie berubah pucat. Apa yang harus dia lakukan? Sepupu serigalanya makin menghampiri dan Zayn masih ada bersama dengannya.


-to be continued-

Sorry, nak update cerita ni dari hari tu lagi, tapi terlupa. Semalam pula, seharian tak ada internet TT^TT Nasiblah pukul 8 malam tadi bar internet full. Hahahaha XD Inipun internet kejap mati kejap hidup, my mom punya laptop memang banyak curi lain maa XD Aiyaaa~

10 comments:

  1. misaki tulis sendiri ke? wow... keep it up misaki ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah Misaki tulis sendiri :D hehe
      ho yeahh ^__^
      thanks Zizie :)

      Delete
  2. wah - wah ketemu cerita serigala dan manusia versi Hikari :) Lanjutkan berkarya yah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fufufu cerita werewolf gitu ;)

      iya.. makasih ya Arief :D pasti.. aku akan teruskan hehehe.. ^^

      Delete
  3. alooo. so sweet cerita si gadis serigala nie. :D
    menanti sambungnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. makasih BV ;)

      tunggu tau.. sekarang nih Misaki asyik tengok drama TT^TT
      nak update tapi malas lagi.. urm maybe lepas balik kenduri dekat Raub nanti XD

      Delete
  4. thumbs up... menarik dan tertarik... teruja dgn kesinambungan nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh terima kasih JSS :D
      hopefully sambungan dia nanti menarik TT^TT

      Delete
  5. wah, ni first time baca pasal Misaki... :-?
    btw, lama xsinggah sini... (p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha pasal Misaki?? Gullpp..
      takdelah, cerita rekaan Misaki tulis XD

      takpe singgah pun dah ok..

      Misaki pun lama ta singgah blog :) HIATUS lama sangat ahahaha sorry~ TT^TT

      Delete