Love Story of Red Riding Hood (Part 1)

Misaki PureBlood | December 11, 2014 | |
Its a fan-fic or maybe its a real story or so.. we don't even know... So, enjoy..

Opps, forget to tell yah, its in Malay + English btw :D


Kedengaran bunyi tapak kaki perlahan menyeret sesuatu ke arah tasik. "We will always be together, and no one gonna disturb our love again"  Selepas itu tiada lagi bunyi bisng tapak kaki. Tiada lagi bunyi suara manusia di sekitar tasik putih.

Kelihatan baju hood bewarna merah membeku di atas salji tebal tanpa tuannya bersama dengan sekeping papan terpacak.

-I Love You-

++++++++++

"Grandma, saya bawakan snek ringan kegemaran grandma," Zayn berlari sambil tercungap-cungap dengan baju hood bewarna merah yang mengerbang ditiup angin sejuk. Belum sampai kakinya menjejak tangga kecil menuju ke bilik tidur neneknya, Zayn separuh menjerit memanggil neneknya sekali lagi untuk memastikan neneknya ada di rumah dan berada dalam keadaan yang sihat.

Zayn satu-satunya cucu lelaki kesayangan neneknya. Ibu bapa Zayn pernah membawa neneknya tinggal bersama dengan mereka sekeluarga. Namun, ianya cuma bertahan selama 3 hari kerana, nenek Zayn rindukan rumahnya sendiri. Dia risau kalau-kalau rumahnya di hutan diambil orang.

Disebabkan itulah, Zayn sering berulang-alik dari Ich Village ke hutan setiap hari walaupun dia tahu bahaya yang akan datang seperti serigala yang mungkin akan menyerangnya secara tiba-tiba.

Namun, bila difikirkan semula. Nyawa neneknya lagi dalam keadaan bahaya. Tinggal dalam hutan bersendirian dengan tingkap dan pintu kadang-kadang terbuka luas tak ditutup.

Biasalah, keadaan nenek Zayn yang semakin tua menyebabkan dia sering terlupa.

"Grandma? Are you in there?" Zain mengetuk pintu bilik tidur neneknya. Tiada jawapan.

Pintu bilik terus dikuak. "Grandma, macammana boleh jatuh ni? Are you o.k? Do you want me to stay here tonight?" Wajah Zayn berkerut risaukan keadaan grandmanya.

"It's o.k, I'm fine. Zayn, jangan risaukan grandma. Grandma cuma tertidur atas lantai waktu kemaskan bilik tidur ni,"neneknya ketawa melihat wajah panik Zayn.

Zayn menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia risaukan neneknya tapi boleh pula nenek dia ketawakannya.

"Dah, pergi balik, hari nak senja ni. Bahaya... Waktu macam ni serigala suka keluar cari makanan. Make sure sampai rumah secepat mungkin. jangan merayau ke mana-mana and thanks untuk snek ni."

"Iye, grandma.. Lately, grandma selalu berleterkan Zayn macam mama selalu berleter bila Zayn tak siapkan kerja rumah."

I guess, betul cakap grandma. Hari pun dah nak gelap. Risau juga kalau jadi apa-apa nanti.

"O.k lah grandma, Zayn pergi dulu o.k. Grandma pun make sure stay at home. Jangan ke mana-mana. kalau perlukan apa-apa, semua Zayn dah sediakan," Zayn mencium dahi neneknya.

Sebelum Zayn keluar rumah, semua pintu tingkap dipastikan ditutup kemas. 

Dalam perjalanan balik ke rumah...

"Ouch, help me."

Kedengan bunyi serigala meraung namun kedengaran kecil dan lemah. Zayn mencari-cari dari mana datangnya bunyi tersebut. Sampai berdekatan dengan tasik besar, Zayn terlihat seekor serigala ataupun lebih tepat, seorang budak perempuan berekor dan bertelinga seperti serigala tersepit dalam perangkap pemburu.

"Jangan risau, saya akan tolong awak...

-to be continued-


Setakat ni, o.k tak? If its o.k I will continue this story XDD even if its not, I must too~

4 comments:

  1. Woooowww... awk kena continue story tu... memang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, finally ^__^

      Thanks :D saya akan continue :) ngehehe..

      Delete
  2. Wow..it's nice Jungkyo-chan ! Keep writting ! Gambate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwahh.. Hnayn chan XD long time no see :3

      Thanks.. ^__^ I'll keep writing.. arigato gozaimasu~ :)

      Delete